Epistemologi Islam dan Reformasi Kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi Muslim
Rosnani Hashim
Institut Pendidikan, Universitas Islam Antarabangsa Malaysia
Kebanyakan negara Islam telah dijajah selama beberapa kurun oleh kuasa Barat, bermula pada awal abad ke-16 lagi. Negara-negara ini cuma mencapai kemerdekaan pada pertengahan kurun ke-20. Semasa zaman penjajahan ini, kuasa penjajah menggunakan sistem pendidikan sepenuhnya untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri, di antaranya, penyebarluasan fahaman sekular dan peminggiran agama. Mereka membuka sekolah-sekolah Inggeris atau Belanda yang mana unsur yang terdapat boleh dibahagi kepada dua iaitu gospel sekiranya didirikan oleh pihak missionary dan unsur yang kedua adalah fahaman liberal secular jika didirikan oleh pihak pemerintah. Di peringkat pengajian tinggi mereka mendirikan universitas dalam acuan mereka yakni tasawwur Barat yang mana ilmu yang diajar diasaskan kepada epistemologi Barat yang liberal dan secular. Kesannya, umat Islam terputus dari aliran wacana budaya mereka sendiri dan mengalami ketersisihan. Justeru itu tidaklah menghairankan kalau ramai cendiakiawan Islam berhujah bahawa sistem pendidikan merupakan tempat pembiakan bagi perkembangan dan penyebaran fahaman sekular di kalangan umat Islam, mengatasi institusi sosial yang lain. Golongan intelektual Islam menyedari rancangan induk ini dan berusaha dalam pelbagai bentuk pada masa yang berlainan untuk menghentikan serangan intelektual dan agama ini. Gerakan Islah, khususnya, di bawah pimpinan Jamaluddin al-Afghani dan seterusnya di bawah Abduh dan Abdul Rashid Ridha di Mesir, mempengaruhi ramai pengikut daripada negara Islam yang lain yang menubuhkan gerakan reformasi sendiri seperti Muhammadiyah dan Kaum Muda di Indonesia dan Malaysia, dan al-Ikhwan al-Muslimun dan Jama’at Islami di Mesir dan Benua India. Usaha yang terakhir dalam perjuangan ini dibuat melalui Persidangan Pertama Pendidikan Islam Sedunia yang diadakan di Makkah pada tahun 1977 dan dihadiri oleh 313 orang sarjana Islam. Dalam semua usaha ini, pendidikan terus menjadi fokus.
Umat Islam menghadapi beberapa cabaran besar dalam pendidikan. Pertama, cabaran dan ketiadaan falsafah pendidikan yang jelas dan kukuh untuk bertindak sebagai pedoman kepada amalan pendidikan. Kedua, umat Islam masih meraba-raba dalam kegelapan untuk mencari kurikulum yang sejiwa dengan falsafah Islam itu sendiri bagi menggantikan kurikulum pendidikan yang sekular dan memetakkan ilmu. Ketiga, cabaran untuk menyatukan sistem pendidikan dualistik–iaitu antara sistem pendidikan kebangsaan yang di kebanyakan negara masih sekular, dan sistem pendidikan agama. Akhirnya, cabaran kekeliruan tentang konsep ilmu dan pendidikan yang mengakibatkan kekeliruan pula ke atas tatasusunan ilmu dan kehilangan penghormatan bagi golongan yang benar-benar berilmu (ulama’).
Kertas kerja ini akan meneliti falsafah pendidikan Islam dan epistemologinya dan cabaran-cabaran tersebut dengan menganalisis kurikulum institusi pendidikan Islam. Kurikulum merupakan komponen pengajaran yang sangat penting. Ia mencerminkan falsafah pendidikan sesebuah institusi pendidikan, malahan ia merupakan mekanisma bagi mencapai matlamat institusi itu.
Falsafah pendidikan Islam
Falsafah pendidikan ialah satu usaha untuk memahami pendidikan secara menyeluruh, menterjemahkannya berdasarkan konsep-konsep umum seperti tarbiyah dan ta’dib yang membimbing kita memilih matlamat dan dasar pendidikan. Falsafah pendidikan menjelaskan matlamat pendidikan, nilai yang dipegang dan cara bagi mencapai matlamat tersebut dalam usaha untuk mengatur, menyelaras dan memacu proses pendidikan. Permasalahan utama yang dibicarakan dalam falsafah adalah:
q Sifat/bentuk kehidupan yang baik yang disasar oleh pendidikan
q Sifat atau tabi’i insan selaku penuntut
q Sifat atau tabi’i masyarakat, sebab pendidikan adalah satu proses sosial
q Sifat ultimate reality (Haqiqat), yang ingin dicungkil oleh ilmu
Falsafah pendidikan Islam merupakan penyaring utama bagi memilih dan menentukan objektif pendidikan Islam. Dalam bahagian in falsafah pendidikan Islam akan disentuh sebelum membincangkan reformasi kurikulum. Pendidikan membabitkan tiga unsur penting, iaitu pelajar (insan), ilmu dan kaedah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dan sebaliknya iaitu, pelajar membina ilmu. Oleh itu sebelum sesuatu falsafah pendidikan dirumus, amatlah perlu bagi ahli pendidikan mengetahui sifat insan (kerana pelajar itu seorang insan), sifat ilmu dan makna pendidikan.
Insan
Insan terdiri daripada ruh dan jasad. Ruh merupakan fakulti rohani yang kadangkala juga disebut aql (akal), qalb (hati), dan nafs (jiwa) mengikut fungsi yang dimainkan. `Aql adalah fakulti untuk berhujah yang dianugerahkan kepada insan sahaja berbanding dengan makhluk lain. Aqllah yang meninggikan martabat insan ke sebaik-baik makhluk.10 Jasad insan mengandungi beberapa fakulti selaras dengan pancaindera fizikalnya. Tabi’i insan berhubung pembelajaran menjadi subjek utama kajian psikologi. Kita maklum bahawa insan itu mempunyai daya ingin tahu yang tmggi dan bersifat fleksibel, dan boleh dilentur, khususnya pada usia yang muda. Insan juga memerlukan keperluan fizikal seperti keperluan makanan, aktiviti dan seks; keperluan sosial seperti keperluan untuk dikasihi, untuk keanggotaan dan status dalam kumpulan masyarakat; keperluan kerohanian iaitu, keperluan untuk berhubung dengan suatu yang lebih besar dan luar daripada dirinya, iaitu keperluan untuk berhubung dengan Pencipta.
Epistemologi Islam
Dalam membicarakan falsafah kita tidak dapat elakkan daripada perbicaraan tentang metafizik atau hakikat kewujudan, epistemologi dan juga nilai. Berbicara tentang epistemologi Islam mengingatkan kita kepada bagaimana insan dianugerahkan oleh Allah dengan ruh dan panca indera dan disediakan olehNya untuk menerima ilmu. Menurut al-Attas, ilmu ialah ketibaan makna sesuatu objek atau perkara ke dalam ruh atau ketibaan ruh kepada makna sesuatu objek atau perkara.@ Dengan ini jelaslah bahawa ruh itu tidak pasif tetapi juga aktif. Wahyu dan ilham diterima melalui ruh. Lima panca indera fizikal itu merupakan tingkap kepada minda (aql), terutama untuk ilmu empirikal dan rasional. Dalam pandangan alam Islam, wujud satu struktur ilmu yang berhirarki.
Seperti juga kedwian sifat insan, ilmu juga menurut Imam al-Ghazali memiliki dua kategori, ilmu naqliyyah atau fardhu >am dan ilmu aqliyyah atau fardhu kjfayah. Kategori ini selaras dengan tahap keyakinan ilmu dan kaedah pemerolehannya yang berbeza. Ilmu fardhu >ain finit, tentu dan wajib dipelajari oleh setiap individu Muslim. Ia adalah ilmu tentang rukun Islam, rukun iman, dan syari’ah. Ilmu fardhu kifayah pula wajib dipelajari oleh segolongan anggota dalam sesebuah masyarakat. Ilmu ini begitu luas, meliputi antara lain perubatan, matematik, sains tabi’i dan gunaan dan sains sosial, sangatlah penting bagi kelangsungan umat. Melalui hirarki ini, Islam memastikan bahawa setiap individu itu berpangkalkan aqidah sementara ia meneroka ufuk baru. Hubungan antara aqidah dan ilmu dapat dikiaskan kepada permainan layang-layang, di mana aqidah dikiaskan kepada tali lelayang sementara ilmu dikiaskan kepada lelayang itu sendiri. Ketegangan sentiasa mendampingi tali dan lelayang untuk penerbangan yang baik. Begitu juga akan wujud ketegangan antara aqidah dan ilmu tetapi yang nyata ilmu itu bertunjangkan aqidah yang kukuh.12
Dalam pandangan alam Islam yang mendokong fahaman Tawhid, ilmu dianggap holistik dan mempunyai kesatuan. Tidak wujud pemetakan antara bidang agama dan sekular, ilmu dan iman, ilmu dan amal, ilmu dan nilai dan sebagainya.13 Kedua-dua ilmu fardhu >ain dan fardhu kifayah mempunyal satu tujuan iaitu mengukuhkan aqidah, satu melalui pengajian yang teliti akan Kalimat Allah dalam al-Qur’an dan yang satu lagi melalui penelitian yang sistematik terhadap alam manusia dan alam tabi’i. Sifat ilmu yang merupakan kandungan kepada pendidikan adalah perkara yang diambil berat oleh kurikulum. Justeru itu pandangan terhadap insan dan ilmu mempunyai pengaruh yang kuat kepada pendidikan.
Berbicara tentang epistemologi ilmu Islam mengingatkan kita kepada karya Imam al-Ghazali berjodol Munqidh min al-dalal, yang merupakan autobiografi beliau dalam mencari ilmu yang membawa kepada keyakinan dan juga kebahagiaan. Beliau telah meneliti empat kumpulan dengan penggunaan sumber ilmu yang berbeza-beza. Beliau meneliti golongan almutakallimun yakni golongan yang melahirkan pendapat dan menggunakan spekulasi intelek atau renungan akal. Kedua, beliau meneliti golongan albatiniyah yang menyangka mereka orang-orang ta’lim. Keistimewaan mereka adalah kepercayaan yang mereka memporoleh kebenaran daripada imam ma’sum. Ketiga beliau meneliti golongan ahli falsafah yang meliputi golongan para ahli sains. Beliau memberi mereka kepada tiga kelompok iaitu golongan materialis (dahriyun), golongan naturalis (tabi’iyun) dan golongan teis (ilahiyun). Keempat adalah golongan ahli sufi atau ahli tasawwuf yang mendakwa mereka ahli musyahadah dan mukasafah. Beliau mendapati kecacatan kepada kesemua kumpulan kecuali golongan ahli sufi. Beliau tidak menafikan sumber-sumber ilmu itu tetapi menunjukkan bahawa berdasarkan panca indera semata-mata amat mengelirukan seperti bintang di langit kelihatan kecil tetapi akal kita mengatakan ia sebenarnya besar. Begitu juga akal kita boleh mengelirukan kita apabila kita bayangkan segala apa yang ia anggap benar hanyalah impian (khayalan) kosong semata-mata sepertimana yang kita anggap semasa mimpi benar tetapi palsu apabila kita terjaga daripada mimpi itu. Bagaimana pula nanti apabila kita dikejutkan di akhirat dan kita dapati apa yang berlaku semasa hidup didunia juga satu impian palsu? Justeru akal juga tidak dapat memberi keyakinan ilmu. Al-Ghazali menemui keyakinan terhadap ahli tasawwuf “orang yang sebenar berjalan di jalan allah” – di mana sama ada pada zahir atau pada batin, mereka berpandukan cahaya yang terang daripada misykat nubuwwah. Tariqat ini syarat pertamanya ialah penyucian hati seluruhnya daripada segala yang tidak berkenaan dengan Allah, pembukaannya memenuhi hati dengan zikrullah.
Tetapi kalau kita kaji Ibn Khaldun pula, walaupun beliau juga menekankan ilmu shar’iyyah dan aqliyyah, kita akan dapat satu lagi gambaran epistemologi Islam yang mana walaupun beliau menekankan bagaimana pendidikan merupakan kaedah transmisi nilai-nilai sesuatu tamaddun.
Perbicaraan kita di atas mengukuhkan pandangan bahawa dalam epistemologi Islam sumber ilmu meliputi panca indera, akal, ilham dan wahyu. Epistemologi ilmu amat penting dalam kontek menentukan kandungan kurikulum yakni ilmu yang ingin diterapkan dalam pendidikan formal.
Kurikulum
Istilah kurikulum mempunyai berbagai-bagai makna yang mencerminkan perubahan konsepsi dan perbahasan berterusan tentang tujuan pendidikan, cara dan proses menerusi mana tujuan-tujuan ini dapat dicapai. Ahli pendidikan tradisional berpendapat bahawa kurikulum merujuk kepada satu himpunan mata pelajaran yang dikenalpasti dan disediakan oleh guru bagi dipelajari oleh murid. Tyler memberi satu pengertian kurikulum yang luas sebagai Asemua pembelajaran murid yang dirancang dan diarahkan oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikannya.@2 Beliau menegaskan bahawa terdapat empat soalan dasar yang mesti dijawab dalam membina kurikulum. Dasar itu adalah:
1. Apakah tujuan-tujuan pendidikan yang patut dicapai oleh sekolah?
2. Apakah pengalaman-pengalaman pendidikan yang harus disediakan yang besar kemungkinan dapat mencapai tujuan-tujuan ini?
3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun dengan berkesan?
4. Bagaimanakah kita menentukan bahawa semua tujuan ini tercapai?3
Smith, Stanley dan Shores mentakrifkan kurikulum secara konservatif sebagai satu himpunan pengalaman-pengalaman berpotensi yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan kanak-kanak dan remaja dangan cara pemikiran dan tindakan kumpulan.4 Bagi universitas dan kolej pula, kurikulum merujuk kepada
1. misi atau tujuan sesebuah kolej atau program, atau pengungkapan secara jamaah tentang apa yang difikirkan penting dipelajari oleh pelajar;
2. satu himpunan pengalaman yang dipercayai oleh sesuatu autoriti wajar dimiliki oleh semua pelajar;
3. satu set kursus-kunsus yang ditawarkan kepada pelajar
4. satu set kursus-kursus yang dipilih oleh pelajar daripada sebilangan yang ditawarkan;
5. kandungan sesuatu disiplin tertentu; dan
6. struktur masa dan kredit bagi sesebuah kolej yang menawarkan pendidikan.5
Stark memberi satu definisi yang komprehensif lagi operasional bagi kurikulum yang meliputi
1. Spesifikasi tentang ilmu, kemahiran dan sikap yang akan dipelajari;
2. Pemilihan mata pelajaran atau kandungan dalam mana pengalaman pembelajaran akan disisipkan;
3. Suatu struktur atau pelan yang bertujuan untuk melahirkan hasil-hasil tertentu bagi pelbagai jenis pelajar
4. Proses melalui mana pembelajaran dapat dicapai;
5. Peralatan dan bahan yang akan digunakan dalam proses pembelajaran;
6. Strategi penilaian bagi menentukan jika perubahan kemahiran, kelakuan, sikap dan ilmu berlaku hasil daripada proses; dan
7. Lingkaran maklumbalas yang dapat memudahkan pengubahsuaian dalam rancangan bagi meningkatkan pembelajaran
Justeru itu kurikulum meliputi seluruh proses pembelajaran, dan membina kandungan yang relevan, kepada kaedah pengajaran, penilaian tentang keberkesanannya dan akhirnya maklumbalas untuk memperbaikinya.
Oleh itu perubahan kurikulum ditakrifkan pada umumnya sebagai perubahan kursus yang ditawarkan atau diwajibkan. Menurut Halliburton, alasan yang paling asas untuk melakukan reformasi dalam kurikulum adalah disebabkan kelapukan kurikulum sedia ada. Ini berlaku kerana (a) peranan pendidikan berubah menurut keperluan sosial dan iklim semasa, (b) wujudnya aliran baru dalam sistem pendidikan tinggi sendiri, dan (c) sesuatu disiplin melalui anjakan paradigma, khususnya apabila andaian atau dasar yang mendokongnya selama ini berubah7. Oleh demikian, sudah tentunya perubahan besar dalam falsafah pendidikan mempunyai implikasi yang besar terhadap kurikulum.
Menentukan dan memilih tujuan pendidikan
Bagi menentukan tujuan pendidikan, beberapa sumber boleh dikaji. Satu sumber utama ialah pelajar atau insan itu sendiri. Apakah tabi’at insan dan apakah matlamat dan keperluannya dalam kehidupan? Matlamat pendidikan boleh juga ditentukan dari sumber kedua, iaitu kehidupan masa kini sendiri. Memanglah sia-sia mempelajari sesuatu yang sangat penting 20 tahun yang lalu tetapi kini tidak penting lagi dan pada waktu yang sama mengabaikan perkara-perkara penting pada masa kini. Bagaimanapun, matlamat ini boleh dikritik sebab (a) bukan semua aktiviti kontemporari itu baik dan diperlukan; (b) kehidupan sentiasa berubah dan aktiviti masa kini juga boleh jadi lapuk; (c) sebahagian daripada aktiviti kontemporari itu tidak menarik buat kanak-kanak. Justeru itu, kehidupan kontemporari tidak boleh dijadikan satu-satunya sahaja penentu bagi menentukan objektif pendidikan. Satu lagi sumber yang sering dirujuk untuk menentukan objektif pendidikan ialah cadangan daripada pakar sesuatu mata pelajaran itu sendiri. Pada amnya terdapat dua jenis cadangan daripada sumber ini: satu tentang fungsi luas yang dapat dimainkan oleh mata pelajaran tertentu, dan satu lagi sumbangan mata pelajaran itu kepada fungsi pendidikan yang lebih besar.
Objektif pendidikan yang dapat diterbitkan daripada ketiga-tiga sumber ini lebih daripada cukup untuk digabungkan ke dalam program pendidikan. Kita tidak perlukan matlamat yang banyak, memadai dengan sebilangan kecil sahaja sebab untuk mencapai matlamat ini iaitu perubahan dalam corak perlakuan insan–nilai, ideal, tabi’at dan amalan, memerlukan masa yang panjang. Malahan, separuh daripada objektif ini mungkin tidak konsisten kerana timbul daripada sumber yang berlainan. Bagi memilih sekumpulan objektif yang konsisten lagi penting memerlukan penyaringan dan di sinilah letaknya kepentingan falsafah pendidikan dan sosial. Menurut Tyler, Afalsafah pendidikan dan sosial dapat beroperasi sebagai penyaring bagi memilih dan membuang objektif pendidikan… Intisarinya pernyataan falsafah berusaha untuk menakrifkan sifat kehidupan yang baik dan masyarakat yang baik@.8 Misalnya, jika sesebuah masyarakat itu memandang tinggi nilai-nilai moral, maka amat penting baginya menekankan objektif pendidikan yang bertujuan untuk membina nilai-nilai moral.
Satu lagi kaedah penyaringan bagi tujuan yang serupa ialah dengan menggunakan ilmu psikologi pembelajaran.9 Misalnya, ilmu psikologi pembelajaran akan memberitahu tentang objektif mana yang sesuai dengan tahap usia tertentu dibandingkan dengan tahap lain. Ia membolehkan perancang kurikulum membezakan antara perubahan perlakuan yang dapat dicapai melalui proses pembelajaran daripada yang tidak dapat dicapai dengan proses ini.
Makna Pendidikan
Pendidikan (ta’dib, separuh memilih tarbiya) adalah satu proses penerapan adab ke dalam insan.14 Adab merujuk kepada disiplin jasmani, akal dan rohani. Ia mengurniakan pemiliknya dengan ilmu tentang kedudukan yang tepat bagi sesuatu perkara atau objek (hikmah) dan selanjutnya untuk bertindak dengan adil. Al-Attas menakrifkan pendidikan sebagai penyerapan tentang Apengenalan dan pengiktirafan tempat yang benar bagi sesuatu perkara dalam susunan alam, supaya membawa kepada pengenalan dan pengiktirafan akan kedudukan yang tepat bagi Pencipta dalam susunan wujud dan maujud@,15 yang dilakukan secara beransur-ansur ke dalam insan. Justeru itu matlamat utama pendidikan Islam ialah untuk memimpin insan mengenali dan mengiktiraf Penciptanya. Pengiktirafan ini dimanifestasikan dalam pengabdian dan ketaatan kepada suruhanNya. Dengan kata lain, matlamat utama pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan yang baik, yang menerusi pengembangan segala potensinya secara seimbang, membolehkannya menjadi hamba dan khalifah Allah yang berkesanggupan memikul amanah mensejahterakan bumi. Pendidikan dirancang untuk melahirkan hamba Allah yang bertakwa yang menyedari hubungan dan tanggungjawab individu yang menegak dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan dan tanggungjawab kemasyarakatan yang mengufuk sesama manusia (hablum minan Nas). Kesimpulamtya, matlamat utama pendidikan merangkumi perkembangan kerohanian, moral, kemasyarakatan, intelektual dan fizikal untuk matlamat yang jelas. Tidak wujud konflik di antara matlamat individu dan matlamat kemasyarakatan sebab kedua-duanya mempunyai kesatuan tujuan.
Hubungan antara insan, ilmu dan kurikulum
Sepertimana ilmu mencerminkan insan, begitu juga idealnya kurikulum institusi pendidikan Islam, khususnya pendidikan tinggi, seharusnya melambangkan ilmu. Rajah 1 menunjukkan hubungan antara insan, ilmu dan kurikulum. Sepertimana insan memiliki dwi tabi’i–ruh dan jasad, dan ilmu terbahagi kepada dwikategori sebagai pelambangan insan, kurikulum pendidikan Islam juga seharusnya mencerminkan kedwian sifat ilmu. Justeru itu kurikulum seharusnya memiliki satu pusat atau teras yang terdiri dan ilmu fardhu >ain yang memenuhi keperluan kerohanian individu, dikelilingi oleh ilmu fardhu kifayah bagi memenuhi keperluan fizikal dan intelektual yang penting untuk pembangunan masyarakat. Kedua-dua ilmu adalah penting bagi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Keseimbangan di antaranya mestilah dipertahankan. Selaku ilmu pusat atau teras, ilmu fardhu >ain hendaklah diwajibkan bagi semua pelajar di setiap tahap pendidikan. Bagaimanapun bagi ilmu fardhu kifayah, pelajar dikehendaki untuk menjurus dalam sekurang-kurangnya satu bidang.
Figure 1. The Relationship between man, knowledge, and the curriculum. Adapted from S.M. Naquib al-Attas, ed., Aims and Objectives of Islamic Education, pp 40-1. Source: Rosnani Hashim, Educational Dualism in Malaysia, p. 91
Masalah dengan kurikulum institusi pendidikan Islam
Objektif Pendidikan
Kebanyakan institusi di negara Islam meminjam keseluruhan atau sebahagian daripada kurikulumnya daripada Barat yang mendokong falsafah sekularnya. Dalam kebanyakan kes model yang ditiru bercorak sekular, tidak mempunyai pusat atau teras, dan tidak juga mencerminkan ilmu atau insan. Kesannya ialah pemetakan pelbagai cabang ilmu seperti sains tabi’i, sains sosial, sains gunaan, sains kemanusiaan dan sains fardhu >ain tanpa sebarang pusat untuk mengikat dan menyatukan kesemuanya. Setiap petak ilmu mempertahankan keasingan dan kemerdekaannya sehingga akhirnya mengenepikan aqidah untuk dijadikan teras bagi ilmu tersebut. Ketandusan ilmu fardhu >ain sebagai teras akan memudahkan timbulnya cerdik pandai yang angkuh dan tidak bersyukur terhadap Khaliqnya. Akibatnya manusia akan melampaui batas hukum alam yang akhirnya menghancurkan alam sekitar dan diri sendiri. Ini bercanggah dengan amanah yang dipikul selaku khalifah di bumi.
Di sudut yang lain pula, fakulti pengajian Islam juga dikongkong dari memperolehi ilmu dalam sains tabi’i dan kemanusiaan yang amat perlu bagi memecahkan masalah dalam kehidupan kontemporari. Ini menambahkan ruang untuk golongan pendokong ilmu ini menjadi semakin sempit dalam pemikiran dan membolehkan penutupan pintu ijtihad sepertimana perubahan istilah fiqh kepada makna dan skop yang lebih sempit.18
Penumpuan kepada pengajian agama sahaja belum mampu untuk melengkapkan seseorang individu itu dengan ilmu dan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran hidup masa kini, terrnasuklah mempertahankan aqidah, nyawa dan harta. Keadaan ini bukan berlaku di universitas sahaja malah dalam sistem persekolahan. Terdapat banyak lagi kurikulum sekolah agama khususnya yang didirikan oleh individu atau pertubuhan bukan kerajaan yang memberi pemusatan kepada ilmu fardhu >ain sahaja dan mengabaikan ilmu fardhu kifayah. lni akan membawa kepada ketidakseimbangan dan ketidaksepaduan pendidikan dan juga insan.
Kebanyakan institusi pendidikan negara Islam tidak mencerminkan kerangka kurikulum yang dicadangkan pada Rajah 1. Ini amatlah dikesali kerana universitas di Amerika Syarikat sekalipun yang mendokong kurikulum Pendidikan Umum untuk melahirkan insan yang baik, iaitu insan yang boleh membuat keputusan yang tepat16 pun mempunyai kurikulum teras atau asas. Kurikulum teras ini meliputi (1) kesusasteraan dan kesenian, (2) sejarah, (3) analisis sosial dan falsafah, (4) sains dan matematik, dan (5) bahasa dan budaya asing. Ini memberikan pendidikan yang lebih menyeluruh dan mempunyai matlamat melahirkan insan berpendidikan yang sewajamya (a) dapat berfikir dan menulis dengan berkesan, (b) dapat mengharga secara knitis cara-cara kita memperoleh ilmu dan kefahaman tentang alam, masyarakat dan manusia, (c) berpengetahuan tentang budaya dan zaman lain, (d) mempunyai sedikit kefahaman dan pengalaman tentang masalah moral dan akhlak, dan (e) telah mencapai sedikit kedalaman dalam sesuatu bidang ilmu.17 Walaupun ada teras seperti kesnya dengan kebanyakan universitas di Malaysia, teras ini dipilih berdasarkan pertimbangan pragmatik dan bukan tradisi keilmuan seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Tamadun Islam (kini telah pun dikaji semula untuk menjadi Tamadun Islam dan Tamadun Asia). Pengecualiannya mungkin UIAM yang mewajibkan beberapa kursus Pengajian Islam sebagai teras bagi semua pelajar walaupun daripada pengkhususan Ekonomi, Undang-Undang, Perubatan, Kejuruteraan, Pendidikan, atau Senibina.
Kesan daripada falsafah pendidikan yang kabur, kita dapati bahawa walaupun ilmu aqliyah ditawarkan dalam kurikulum ia masih didedahkan menggunakan pendekatan sekular. Ilmu ini ketandusan nilai rohani dan jika pun tidak, dipenuhi dengan nilai-nilai yang biasanya tidak selari dengan kepercayaan dan nilai-nilai Islam. Dalamjangka masa panjang, nilai-nilai asing disemai ke dalam kanak-kanak Islam. Pemilihan subjek bagi kurikulum khususnya untuk pengajian tinggi ketara sekali didorong dengan kuat oleh matlamat utilitarian dan pragmatik daripada matlamat pendidikan Islam. Penekanan yang berlebihan untuk sains tabi’i dan gunaan berbanding dengan sains kemanusiaan dan sains sosial dalam nisbah 60:40 di universitas-universitas di Malaysia adalah manifestasi kepada dasar ini. Dasar ini akan bertambah berbahaya jika pelajar pula tidak dikukuhkan dengan ilmu teras atau cara berfikir yang matang. Begitu juga penubuhan universitas yang mempunyai pengkhususan tertentu seperti Universitas Petroliam, Universitas Telekomunikasi, Universitas Tenaga dan yang terakhir Universitas Industri di Malaysia mencerminkan kekeliruan dan salah faham tentang konsep universitas itu sendiri, yakni prihatin terhadap kesejagatan, keseluruahan (jami’ah) dan kurang kepada kepartikularan (kulliyy). Jelas, kepentingan pembangunan ekonomi mengatasi pembangunan insan holistik.
Kandungan Kurikulum
Kita maklum bahawa kebanyakan kandungan kurikulum bagi ilmu aqliyyah adalah bersumberkan daripada pandangan Barat, secular. Justeru ilmu yang di ajar kosong daripada nilai-nilai agama atau kalau pun sebaliknya ia diisi dalam tuangan nilai-nilai yang bertentangan dengan nilai dan kepercayaan Islam. Hasilnya dari aspek jangka panjang anak-anak ini didoktrinasikan dengan nilai-nilai asing, khususnya dengan nilai Barat seperti dualisme jasad dan rohani, sekularisme, tragedy dan nilai kemanusiaan.
Kurikulum semasa juga masih belum mampu menyediakan pengalaman pembelajaran yang jitu, sesuai dan mencukupi bagi pelajar supaya objektif pendidikan yang selain daripada untuk pembangunan intelektual dan fizikal dapat dicapai. Contohnya, berkaitan dengan pengembangan kerohanian, walaupun pelajar diajar kepentingan solat, cara-cara untuk mendirikannya, waktu-waktunya dan sebagainya, kurikulum sekolah secara tidak langsung tidak menggalakkan pelajar mendirikan sembahyang sebab ia tidak ditentukan dalam jadual waktu, tidak diaturkan peraturan tertentu atau dalam beberapa kes tidak disediakan kemudahan fizikal. Dalam banyak keadaan ia bergantung kepada kemahuan pelajar dan ada sebahagian daripada mereka yang tidak berani untuk meminta izin keluar kelas untuk bersembahyang.
Kebutaan kurikulum kita terhadap jantina adalah satu lagi manifestasi pengaruh liberal Barat. Keperluan pelajar yang berbeza kerana berlainan jantina dan peranan tidak diberi perhatian. Andainya al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w) menjadi titik rujukan, pasti kehormatan dan peranan wanita akan diberi perhatian dan ditekankan dalam kurikulum sepertimana juga peranan lelaki sebagai pemberi nafkah dan pelindung bagi golongan wanita. Peningkatan gejala sosial yang satu daripada punca utamanya ialah keruntuhan institusi keluarga masih belum mencemaskan penggubal dasar pendidikan kita. Tidak hairanlah kelak jika ramalan Toffler tentang keluarga Aganjil@ (Gelombang Ketiga (era teknologi maklumat) menjadi kenyataan di negara Islam juga.
Penelitian ringkas tentang kurikulum mendedahkan antara lain, bahawa kurikulum kebanyakan negara Islam telah disekularkan dan ini bukan sahaja berlaku ke atas kurikulum formal, malahan kurikulum tak formal, tersirat dan nul. Jelas juga kepada
kita betapa objektif pendidikan bukan disaring oleh falsafah pendidikan kita tetapi oleh falsafah pendidikan Barat yang sekular dan liberal. Tatasusunan ilmu antara ilmu fardhu >ain dan ilmu fardhu kifayah telah hilang. Ini adalah satu kesilapan asas dalam pentadbiran pendidikan Islam. Pengalaman pembelajaran tidak konsisten dengan objektif pendidikan khususnya untuk perkembangan kerohanian dan moral. Oleh itu terdapat keperluan yang sangat mendesak bagi membetulkan halatuju kurikulum supaya menjiwai ruh Islam..
Islamisasi kurikulum
Objektif Pendidikan
Satu langkah penting ke arah Islamisasi kurikulum ialah memastikan bahawa semua sumber bagi memperolehi objektif pendidikan hendaklah timbul dan tasawur Islam, sama ada sifat insan, ilmu atau pengkhususan, atau kehidupan kontemporari. AlQur’an dan Sunnah sewajarnya menjadi sumber rujukan utama untuk memahami sifat insan dan ilmu, dan hasil dan kajian empirikal, terutama tentang psikologi pembelajaran dan insan yang sudah diterbitkan dan didokumentasikan sepenuhnya perlu bertindak sebagai pelengkap.
Seterusnya, perumusan suatu falsafah pendidikan berdasarkan tasawwur Islam adalah amat mendesak untuk bertindak sebagai pemandu pendidikan bagi negara, pimpinan sekolah, guru, ibu-bapa dan pelajar. Matlamat dan objektif yang jelas hendaklah diperincikan. Ini akan bertindak sebagai Petunjuk Utara dalam sebuah kompas pendidikan dan amat penting bagi memastikan seluruh usaha pendidikan mengarah ke satu matlamat dan bukan terumbang-ambing mencari arah. Konsep >abd dan khalifah
hendaklah dijelmakan dalam istilah yang boleh béroperasi. Mereka yang terlibat dalam merangka dasar dan kurikulum hendaklah sedar akan kepentingan konsep ini. hi bukan bermakna bahawa kurikulum pendidikan Islam cuma terbatas kepada umat Islam sahaja tetapi kerana kesejagatan Islam, pendidikan Islam juga boleh diamalkan dan boleh menampung semua bangsa.
Dalam hal ini Persidangan Pendidikan Islam Sedunia Pertama harus dipuji kerana berhasil mengeluarkan satu kenyataan falsafah pendidikan Islam yang jelas yang bermatlamat mengembangkan secara seimbang keseluruhan peribadi insan melalui melatih rohani, intelek, rasional, perasaan dan panca inderanya. Latihan yang diberi kepadanya hendaklah berkeadaan supaya iman meresap dalam keseluruhan peribadi insan dan menambat hatinya kepada Islam dan membolehkannya menurut al-Qur’an dan as-Sunnah dan diperintah oleh sistem nilai Islam secara sukarela dan gembira supaya ia boleh merealisaslkan statusnya sebagai Khalifatullah yang Allah telah dijanjikan autoriti alam ini.19
Mungkin bukan satu kebetulan bahawa Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia muncul hampir 10 tahun kemudian adalah satu langkah yang bersejarah kerana ia menyanggah falsafah sekular dari takhta persemayamannya selama ini dan sebaliknya diganti dengan falsafah pendidikan yang seimbang dan bertunjangkan aqidah. Ia menegaskan sejelasnya matlamat ingin melahirkan individu yang seimbang dan sepadu pembangunannya dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi dan warganegara Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan berguna kepada dirinya dan masyarakatnya.20 Tetapi, walaupun ini merupakan Falsafah Pendidikan Negara, cuma sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah sahaja yang nampaknya berusaha menjelmakan falsafah ini dalam kurikulumnya. Institusi pengajian tinggi nampaknya memandang sepi pada falsafah ini kerana tidak terdapat pun perubahan kurikulum walaupun ia mempunyai falsafah yang seiring dengan semangat Islam.
Ketiga, kurikulum universitas dan sekolah harus mencerminkan falsafah pendidikan, bahkan menjadi mekanisma bagi mencapai matlamat falsafah tersebut. Khasnya, hirarki ilmu antana ilmu fardhu >ain dan ilmu fardhu kifayah harus dipertahankan dalam kurikulum. Ilmu fardhu >ain mesti menjadi tenas atau asas. Beberapa kursus yang terdiri dari disiplin ilmu ini hendaklah dijadikan syarat graduasi bagi semua pelajar Islam dan semua pengkhususan. Sudah tentu pendekatan pengajaran kunsus-kursus ini berbeza daripada pendekatan yang diamalkan di sekolah kerana pelajar universitas lebih berkeupayaan berfikir dan merenung dengan mendalam. Begitu juga beberapa kursus dan ilmu fardhu kifayah mewakili disiplin sains tabi’i, sains kemanusiaan dan sains sosial hendaklah dipilih sebagai ilmu teras. Dalam kontek Malaysia, perkara ini belum dilaksanakan dalam kebanyakan universitas. Cuma satu kursus Tamadun Islam ditawarkan di semua universitas dan ini pula akan diubah menjadi kursus Tamadun Asia. Ini amatlah dikesalkan kerana apabila al-Faruqi mencadangkan kursus tersebut semasa lawatannya ke Malaysia pada tahun 8Oan, kursus ini cuma dibayangkan sebagai satu langkah sementara jangka pendek ke arah Islamisasi kurikulum. Justeru itu pihak universitas hendaklah menilai semula dasar ini
Satu langkah praktikal yang boleh diambil dalam usaha Islamisasi kurikulum ialah penghapusan sistem pendidikan dualistik. Sebaliknya sebagai ganti, satu sistem pendidikan bersepadu, di mana kedua-dua sains naqliyah dan aqliyah diajar dan pelajar diberi peluang sama rata untuk mengkhusus dalam mana di antara kedua-dua bidang di peringkat pengajian tinggi mengikut kebolehan dan minat, hendakdah dibina. Jika sistem dualistik ini tidak dapat dihapuskan, sekurang-kurangnya kedua-dua sistem hendaklah digalakkan untuk menggunapakai kurikulum bersepadu yang seragam. Dalam kontek Malaysia, Kementenian Pendidikan telah mewujudkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pada tahun 1977 yang berhasrat menggunapakai kurikulum bersepadu yang membolehkan pelajarnya mengambil pengkhususan sama ada dalam bidang ilmu fardhu `ain atau pun ilmu fardhu kifayah mulai di peringkat menengah atas. Walaupun idea kurikulum bersepadu ini dianggap sepi oleh sekolah agama lain yang ditaja oleh individu atau kerajaan negeri, aliran semasa menunjukkan mereka juga mula mengarah kepada pendidikan bersepadu mengikut model SMKA
Bahkan, Kementenian Pendidikan kini sedang merancang untuk memperkenalkan aliran teknikal di sekolah agama. Di samping itu, Kementerian juga memperkenalkan Kelas Aliran Arab di sekolah menengah kebangsaan bagi membanyakkan peluang bagi pelajar yang tidak terpilih ke SMKA mengkhusus dalam ilmu fardhu >ain selepas tingkatan tiga. Bagaimanapun, semua usaha ini masih belum mencukupi terutama dalam usaha untuk melahirkan sarjana dalam bidang ilmu fardhu >ain sebab kurang penguasaan Bahasa Arab yang merupakan alat utama dalam bidang ini. Justeru itu usaha hendaklah dipergiatkan untuk mengukuhkan penguasaan alat ini, mungkin melalui pengenalan Bahasa Arab lebih awal lagi dalam kurikulum. Kementerian telah pun menjalankan satu kajian perintis ke arah ini dan mungkin akan memperkenalkannya tidak lama lagi. Pada zahirya kurikulum kedua-dua sistem pendidikan agama dan kebangsaan semakin hampir kepada satu titik pertemuan. Mungkin masanya tidak lama lagi sebelum identiti sekolah agama dikaitkan dengan sains fardhu >ain sahaja dan identiti sekolah kebangsaan dengan sains fardhu kifayah sahaja akan cair dan hapus.
Kurikulum institusi pendidikan – formal, tersirat dan nul – hendaklah disepadukan dengan tasawwur Islam yang mendokong Keesaan Allah. Kurikulum hendaklah dikukuhkan dengan konsep Islam berikut:
a. Tasawwur Islam terhadap Pencipta (Tawhid, iman dan sifat Allah)
b. Penciptaan manusia dan tujuannya iaitu untuk menyembah Allah,menjadi khalifahNya, mengajak kepada ma’ruf dan mencegah mungkar, dan menyebarkan ajaran Islam
c. Hubungan manusia dengan Tuhan, iaitu kesedarannya terhadap Allah, akauntabilitinya terhadap Allah, melakukan amalan baik, menyembah dan berdoa kepadaNya.
d. Hubungan manusia dengan manusia lain iaitu untuk menegakkan keadilan, menghormati nyawa, harta dan maruah, membina akhlak mulia dan mempamirkan sikap toleransi agama.
e. Hubungan manusia dengan persekitaran yang menekankan peranannya sebagai khalifah Allah, hidup secara harmoni dengan makhluk Allah dan mengenali atau menemui Allah melalui makhlukNya.
f. Perkembangan kendiri, iaitu menyediakan ruang untuk bermuhasabah, bertaubat dan memperbaiki diri.
g. Tujuan akhir insan, iaitu untuk menggalakkan akauntabiliti menerusi penilaian peranan kim, memahami Han Kiamat dan Kehidupan Akhirat dan implikasinya.
h. Mengembangkan tatasusila (ethos) Islam supaya dapat membina persekitaran yang sejiwa dengan Islam.21
Justeru, pendidik Muslim tidak kira subjek, wajib menyerapkan konsep-konsep Islam tersebut di atas. Bagaimana pun bukannya mudah untuk melakukan ini secara tak langsong khususnya untuk mata kursus sains jitu seperti matamatik atau perakaunan. Oleh itu guru harus menerapnya secara langsung dengan budibicara yang berhemah. Jangan biarkan tugas ini dipikul oleh guru agama Islam sahaja.
Pentadbir pendidikan dan pendidik dan semua peringkat pendidikan haruslah menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai khususnya bagi perkembangan akhlak dan rohani. Kaedah pengajaran yang berkesan harus diuji dan pendidlk hendaklah kreatif dan inovatif. Kaedah yang berkesan bagi kedua-dua ilmu aqliyah dan naqliyah hendaklah diamalkan dan pemikiran kritis seperti yang dituntut dalam al-Qur’an khususnya terhadap kejadian alam hendaklah disuburkan. Perlu ada keseimbangan antara pendekatan pemusatan pelajar dan pemusatan subjek. Dalam hal ini satu pendekatan terhadap pendidikan guru yang konsisten dengan falsafah pendidikan hendaklah diwujudkan.23 Program pendidikan guru – sebelum dan dalam perkhidmatan harus menekankan pengembangan peribadi guru khususnya akhlak dan rohani, yang sering terabai. Guru adalah unsur kritikal dalam sebarang pembaharuan pendidikan dan mereka harus tahu dan dapat membayangkan sendiri arah pembaharuan itu. Dalam kontek Malaysia, program pendidikan guru memang menekankan kemahiran berfikir dan teknologi maklumat tetapi kurang penekanan terhadap kefahaman falsafah pendidikan dan perkembangan peribadi khususnya akhlak dan nohani
Penilaian pendidikan
Penilaian merupakan mekanisma yang sangat kukuh bagi menjelaskan objektif pendidikan. Ia adalah satu Aproses untuk mengukur sejauh mana pengalaman pembelajaran yang dibina dan disusun benar-benar dapat melahirkan hasil yang dikehendaki dan proses penilaian ini melibatkan pengenalpastian kekuatan dan kelemahan penancangan@25 Penilaian juga ialah Aproses untuk menentukan darjah perubahan perlakuan yang sebenamya berlaku@26 Oleh itu penting bagi kita menolak idea bahawa penilaian itu sama dengan ujian kertas dan pensil. Penilaian juga menupakan satu faktor yang kuat bagi merangsang pembelajaran. Bentuk penilaian yang dijangka mempengaruhi cara pembelajaran pelajar, malahan penekanan pengajaran guru. Justeru itu, Akecualilah bentuk penilaian seiring dengan objektif pendidikan dalam kurikulum, penilaian mungkin menjadi fokus pelajar danjuga perhatian guru dan bukannya objektif kurikulum@.27 Ini amat benar sekali untuk objektif pendidikan moral dan rohani. Memang wajar bagi kita menduga sedikit perubahan dalam perlakuan pelajar kerana inilah objektifnya. Malangnya pelajar berjaya dengan cemerlang dalam ujian kertas dan pensil tetapi masih belum mempamerkan perlakuan moral yang dijangka. Justeru itu kurikulum patut dikaji semula dan sudut pengalaman pembelajaran yang disediakan bagi pelajar dan bentuk penilaian yang diadakan.
Penutup
Dalam kertas kerja ini saya telah menggariskan masalah yang terdapat dalam kurikulum institusi pendidikan Islam pada masa ini. Perancang pendidikan kita harus lebih sensitif kepada isu-isu ini dan memiliki visi dan keberanian untuk melakukan perubahan kurikulum. Ini sangat penting bagi kekuatan aqidah dan umat Islam. Saya telah menyarankan beberapa garisan untuk melahirkan kurikulum yang secucuk dengan Islam, bermula dengan falsafah pendidikan, pengalaman pembelajaran dan bentuk penilaian. Bagaimanapun semua ini masih belum mencukupi. Sekiranya perancang pendidikan dan ahli pendidikan diamanahkan dengan tugas Islamisasi kurikulum, maka sarjana kita juga mempunyai tanggungjawab yang sama-sama berat bagi memastikan kejayaan usaha terhadap Islamisasi pendidikan. Tugas berat dan mencabar yang harus dipikul oleh sarjana kita dari segenap disiplin khususnya ilm al-aqliyah adalah Islamisasi ilmu kontemporari. Harapan kita terletak pada Islamisasi ilmu kontemporari, kurikulum dan pendidikan yang akhirnya menghasilkan peribadi Islam yang unggul yang akan meneruskan kitaran Islamisasi.
Wallahu a’lam.
Nota Hujung
1. Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Mengenai Islamisasi
Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Universitas Islam Antarabangsa Malaysia pada 1 5hb Julai 1998.
2.Ralph W. Tyler, >The Curriculum – Then and Now,’ in Proceedings of the 1956
Invitational Conference on Testing Problems (Princeton, N.J.: Educational Testing
Service, 1957), 79 quoted in Daniel Tanner and L.N. Tanner, Curriculum Development Theory into Practice (New York: Macmillan Publishing Co, 1980), 16.
3.Ralph W. Tyler, Basic Principles of Curriculum and Instruction (Chicago: Universitas of Chicago Press, 1975), 1.
4 Othanel B. Smith, W.O.Stanley and J.H. Shores, Fundamental of Curriculum Development, rev.ed. (New York: Harcourt, 1957).
5.Stark, J.S. and Lowther, M.A.,Designing the Learning Plan: A Review of Research and Theory Related to College Curricula (Ann Arbor, MI.: NCRIPTAL, 1986), 4.
6.Ibid., 5-6
7.D. Halliburton, Perspectives on the Curriculum. In A.W. Chickering, D. Halliburton, W.H. Bergquist, & J. Lindquist (eds) Developing the College Curriculum (Washington D.C.: Council fo the Advancement of Small Colleges, 1977), 37-50.
8.Tyler, Basic Principles of Curriculum and Instruction, 34.
9.Ibid., 37.
10.Rujuk al-Qur’an 95:4.
11.Lihat Al-Alias, The Concept of Education in Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1990) yang menerangkan dengan jelas akan konsep insan, ilmu dan pendidikan.
12.Penulis ingin mengucapkan penghargaan kepada Dr Yedullah Kazmi, dan Jabatan Pendidikan UL4M atas kiasan yang indah im.
13.Untuk perbincangan lebih lanjut mengenai kesatuan ilmu, rujuk Wan M. Nor Wan Daud, The Concept of Knowledge in Islam (London: Mansell, 1991), Bab 4.
14.Al-Attas, The Concept of Education in Islam.
15.Ibid., 22.
16. Robert E. Mason, Contemporary Educational Theory (New York: David McKay,
1972), 26.
17.Daniel Tanner and L.N.Tanner, Curriculum Development, 510.
18.Al-Ghazzali pernah membincangkan isu perubahan makna istilah fiqh pada zaman
beliau. Lihat The Book of Knowledge, terj. Nabih Amin Fans (Lahore: Ashraf, 1974), 80-
83, dan al-Fanuqi, dalam kanyanya Islamization of knowledge (Washington DC:
IIIT,1982), 17-18.
19. S. M. Naquib al-Attas (ed), Aims and Objectives of Islamic Education (Jeddah: King Abdulaziz Universitas, 1979), 158-9.
20. Curriculum Development Centre, The Integrated Curriculum for Secondary School aCSS) (Kuala Lumpun: Ministry of Education, 1989), v.
21.Kertas edanan dan Persidangan Pendidikan Islam Sedunia Keenam di Capetown, Afrika Selatan, 19-25 September 1996.
22.Lihat Rosnani Hashim, Penyerapan Nilai-nilai Mumi dalam Aspek Pengajana dan
Pembelajanan KBSM dan Perspektif Guru, Kertas keija yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM, Institut Aininuddin Bald, 2-6 September 1996.
23.Lihat Rosnani Hashim, >The construction of an Islamic based teacher education programme,’ Muslim Education Quarterly, 2 (Winter 1997), 5 7-68.
24. Program pendidikan guru UIAM memberi perhatian berat terhadap kedua-dua aspek peribadi guru mi melalui program halaqah dan khemah ibadah. Dalam halaqah, pelajan dalam kumpulan lebihkunang 10 orang bertemu seminggu sekali selama 1 jam pada waktu yang ditetapkan dalam jadual waktu bagi membincangkan topik-topik Ulum Shani’ah yang disusun oleh Jabatan danjuga untuk kaunseling kumpulan. Dalam khemah ibadah yang lazimnya berjalan selama 3 han, pelajar mendengar ceramah, berbengkel, menunaikan solah jamaah, membaca wind ma’thunat dan al-Qun’an dan mendirikan qiyamullail berjemaah. Kajian menunjukkan bahawa bakal guru berpendapat bahawa aktiviti mi meningkatkan pemahaman Islam, mengeratkan persaudaraan Islam, menyediakan wang untuk bertukan fikiran, memberi kesedanan tentang misi, falsafah dan objektif program. Lihat Rosnani Hashim, The Relevance and Effectiveness of the IIUM Diploma in Education Programme as Perceived by Student Teachers, Unpublished research report, 1997, hUM dan M. Sahani Nordin dan Rosnani Hashim, >Sumbangan kegiatan kokurikulum ke arab pencapaian matlamat pendidikan gum: satt kajian keberkesanan’, kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru, Fakulti Pendidikan Universitas Putra Malaysia, 1997.
25.Tyler, 103.
26.Thid., 106.
27.Ibid., 124.